Tuesday, February 1, 2011

"Say It Right " English Seminar 2010

        Sekolah yang terawal ku hantar proposal sementelah ku bergelar sebagai penasihat akademik di Cambridge Language Centre adalah SMU (A) Maahad Muhammadi Pasir Pekan (5/5/2010), diikuti oleh Kolej Yayasan Islam Kelantan (6/5/2010), SMPC 1 (13/5/2010), Sek. Men. KB (17/5/2010),SMPC 2 [Form 3] (26/5/2010), Maahad Muhammadi Lilbanat (20/6/2010),seterusnya SMPC 2 [Form 4&5] (22/6/2010),SEK. JENIS KEB. (C) PEIR CHIH (7/7/2010), Chung Hwa Private School (13/7/2010)[Form 1,2 &3], Sultan Ismail College (SIC)- (19/7/2010)- 600 pelajar. 
        Sebagai penutup seminarku di tahun 2010, ku ke Sek. Men. Keb. Tanjong Mas pada 29 dan 30 September 2010 bagi pelajar tingkatan 1,2 &4. Pengalaman yang tak dapat ku lupakan adalah ketika ku berkunjung ke Maahad Perempuan Kota Bharu semasa para pelajar tingkatan 3 sedang berprogram sejurus tamat menduduki PMR, ku dijemput sebagai penceramah motivasi secara spontan oleh bekas ustazah ku, Ustazah Shamsiah. Ketika itu tiada slide, tiada persediaan, dan ceramah ku hanya berlangsung selama 40 minit, namun sambutan yang amat menggalakkan apabila keesokan harinya lebih kurang 8 orang ibu atau ayah pelajar menghubungiku untuk temujanji bagi mendaftarkan anak mereka di Pusat Bahasa dek kerana ceramah motivasiku yang hanya kisah yang ku lalui di bumi Maahad dan bumi KUSZA untuk menuntut ilmu dan seterusnya menggenggam segulung sijil dalam jurusan TESL. 
        Semenjak dari itu, terlintas di fikiranku, untuk menjelajah seluruh sekolah di Kelantan, bukan sahaja semua sekolah YIK untuk ceramah motivasi selain daripada mempromosikan subjek Phonetics di sekolah-sekolah. Tahun 2011 adalah tahun penentu samada azam ku di tahun 2010 tercapai. Moga segala aral melintang ku dapat atasi dengan tabah dan cekal. Chaiyok!

Picture Paints Thousands Words...

It can be applied to someone personality or a thing...To someone personality means she or he has different characteristic. They can be evil, can be angel, can be gaga,can be wild, etc.
Anyone would like to comment or share your views, your are very welcome.

Kelantan Motivational Talk Tour 2011

        Salam keceriaan buat semua yg sudi membaca blog TG. Azam tahun baru ku, ku ingin menjelajah setiap sekolah di Kelantan untuk membuka minda para pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Malaysia. Sekolah pertama yang sudi menjemputku pada tahun ini sebagai penceramah adalah Sek. Men. Keb. Puteri. 
       Jutaan terima kasih buat Penolong Kanan Tingkatan 6 kerana sudi memberiku peluang berkongsi pengalaman dgn pelajar tingkatan 6 atas.Sedikit sebanyak ku harap para pelajar terbuka minda untuk mencintai bahasa inggeris sebagai bekalan hari-hari mendatang.